Ciri ciri scammer di FB yang patut anda ketahui

#ciri scammer #menipu #love # kisah #mangsa #taktik

Baru2 ni salah sorang saudara saya hampir tertipu dengan scammer di Facebook. Sebenarnya dah lama sindiket macam ni bergerak dan sepatutnya semua orang tahu dengan taktik penipuan mereka ni. Mangsa tak kira lelaki, perempuan dan usia. Mana nak tahu rupanya keluarga terdekat kita pun hampir menjadi mangsa kepada penipuan ni. Mungkin perkara yang sama juga boleh berlaku kepada keluarga terdekat anda. Saya cuba untuk memahami seorang penipu ni dan berikut adalah ciri-ciri asas scammer yang ingin saya kongsikan:.


  • FB Account baru dibuat
  • Profile seperti tak lengkap, gambar pun tak banyak
  • Tiada kawan-kawan yang comment atau reply status atau gambar yang dikongsikan oleh scammer.
  • Tiada kawan dalam friendlist untuk kita lihat. Mungkin di "hide"
                            
  • Berulang kali friend request ke kita walaupun kita tak layan
  • Bila accept friend request, hantar mesej berbunga bunga. Agak berlebihan pun ada.

  • Bila tak layan, dia akan mendesak

  • Bagitahu yang dia bekerja bagus dan tinggal diluar negara.
  • Bagitahu mangsa untuk rahsiakan hubungan walaupun dengan rakan atau keluarga terdekat. Bab ni lah yang membuatkan kadang2 , mak, pak, abang, adik, akak, sahabat pun boleh terkejut bila dengar kawan kena tipu. Nanti akan cakap " kenapa tak bagitahu awal2. Kalau kami tahu mesti tak jadi macam ni. Tengok FB dia pun tahu menipu." tapi masa tu dah terlambat. Scammer pandai brainwash mangsa untuk berahsia.
  • Baru kenal tapi panggilan dah melampau(sayang, ayang, honey, baby dsb).
  • Kalau mangsa adalah muslim, ayat scammer ni kekadang mengalahkan ustaz. Contoh asyik ingatkan waktu sembahyang.
  • Baru kenal tapi dah ajak kahwin. Pandai pula kata" I want to be your Imam and I want you to be my Makmum".
  • Bagi harapan dapat gi oversea free dengan dia. Hidup happily ever after dengan dia di oversea.
  • Asal dari Malaysia tapi dah lama tinggal di luar negara sampai dah lupa bahasa sendiri. Sedangkan Datok Shake yang dok berzaman kat oversea pun fasih cakap melayu lagi. Selalunya ni kerja Sindiket warga Afrika. Sebab tu tak tahu bahasa melayu melainkan simple Malay.
  • Bila dah rasa jerat mengena, scammer akan kata yang dia akan ada urusan di Malaysia dan nak ajak jumpa. Akan set masa, tarikh dsb. Akan bagi status perjalanan untuk menyakinkan mangsa
  • Tak bagi orang lain ikut sekali untuk berjumpa dengan dia.Takut kantoi la kot.
  • Kalau kita kata tak mahu berjumpa dengan dia, dia akan kata yang dia ada bawakan hadiah berharga untuk diberi by hand.
  • Lagi beberapa hari nak jumpa, tiba2 ada musibah. Kena samun la, accident la,ICU la, operation la. Kemudian minta duit dari kita. Tak ada duit, dia minta kita buat loan bank.

So itulah serba sedikit ciri2 scammer yang nak saya kongsikan. Gambar contoh diatas adalah gambar sebenar. Nama dan muka terpaksa saya padamkan sebab kebarangkalian gambar dan profile yang digunakan adalah palsu. Gambar, nama, profile boleh berubah dan yang tak banyak berubah ialah taktik mereka. Jangan biarkan keluarga anda menjadi mangsa.

Mohon share....

Cik Aya Laksa Ketam, Kuala Kurau

 Ni saya nak share satu tempat makan yang famous di daerah Kerian Perak tapi mungkin ramai orang luar tak tahu. ramai yang dah singgah dan bagi komen positif tentang warung ni. Alamat seperti gambar dibawah(name card) di Kampung Nelayan Kuala Kurau. Sebelum Jambatan Kuala Gula, masuk ikut bawah. Selain makanan yang sedap; pemandangannya juga amat menarik dan tenang. Harga untuk makanan dibawah berharga MYR18 sepinggan dan bagi saya amatlah berbaloi. Ada Ketam, udang , sotong bagai. Ok lah tu. KFC yang biasa2 pun dah tak murah dah sekarang. Kalau nak compare dengan harga Mee Udang atau Mee Ketam warung2 lain pun, masih lagi berbaloi.



















Restoran Mak Jah, Danok Thailand.

#makan #danok #daging bakar #halal #thailand #menarik #sedap

Day trip yang amat memenatkan ke danok, Thailand. Mula2 keluar Malaysia dengan kereta. Lepas sejam masih dalam kereta hampir tak bergerak dalam kawasan imigresen Malaysia. Ikut perkiraan mungkin lagi 4 jam untuk sampai ke imigresen Thailand walaupun jaraknya cuma 1km lebih. Last2 decide u-turn masuk balik Malaysia, tinggalkan kereta di tepi jalan dan jalan kaki ke Thailand. Jalan kaki selama 20 minit di bawah matahari terik. Kesian kat tok, ameer dan areef. Lepas tu perlu 1 jam lagi untuk urusan imigresen. Kemudian jalan kaki lagi 600m ke restoran Kak Jah yg di rekomen wife. Wife dok mengidam nak makan Ikan puyu goreng.






Nasib baiklah kami dihidangkan dengan masakan Thailand yang sedap di Restoran Kak Jah Danok ni. Berikut adalah serba ringkas tentang restoran ni.


Location: Dari imigresen Thailand, jalan kaki 500m then masuk simpan ke kanan.(Samnak Kham, Sadao District, Songkhla 06050, Thailand)
Speciality: Ikan Puyu Goreng, Kengsom, Daging Bakar, 
budget: MYR157 untuk 5 orang makan seperti gambar dibawah
Operation time: Pagi ke malam
capacity:150 person(estimate)
childseat: provided
toilet:provided
parking:provided
Entertainment: tv











ikan puyu goreng danok





restoran kak jah dari luar

 Selain makanan yang sedap, ruang makannya juga selesa sesuai dengan cita rasa orang Malaysia. Selepas makan, kami pun berjalan pulang ke arah sempadan dan membeli sedikit makanan ringan untuk dibawa pulang.

7 eleven Danok. Wajib bagi kami untuk beli Ovaltine disini.

Pulut mangga danok.

Boleh beli pulut ayam juga dengan harga lebih kurang THB80

salah satu gerai pulut mangga
Pulut mangga beharga THB60





Beli kacang gajus THB200.



Nenas THB20

taxi motor MYR10 sehala. Naik berapa orang pun tak apa.

Lepas makan balik ke Malaysia dengan motosikal. Masing2 dah tak sanggup jalan kaki balik. Kesimpulannya, masuk Danok dah tak macam dulu lepas bangunan dan sistem baru dilancarkan. Sepatutnya masa menunggu makin singkat tapi yang jadi adalah sebaliknya. Dulu kami boleh sebulan 3 kali masuk Thailand tapi lepas ni setahun sekali pun belum tentu.