Resipi: Spaghetti segera menggunakan Periuk Tekanan Noxxa. Tanpa Prego.

Spaghetti adalah kegemaran anak anak saya. Kadang2 sarapan pagi sebelum ke sekolah pun dah minta spaghetti. Untuk tidak menghampakan anak2 saya buatkan juga. Kalau dah selalu masak tapi asyik dok pakai Prego pun parah juga. Maka saya belajar buat sos spaghetti sendiri yang lebih murah dan menyihatkan. Lagipun resipi ni dah siap dengan kuah spahettinya sekali. So anak2 tak de la gaduh kuah siapa yang lagi banyak. Semuanya sama je.

Bahan2:


5     ulas             Bawang Putih ditumbuk

1     biji              Bawang Besar dihiris
2     tsp               lada hitam ditumbuk
2     tbs               Tomato Puree
2     tbs               Cuka(saya guna Apple Cider Vinegar. Prego guna cuka apa? wallahualam)
1     tbs               Gula
2     tsp               Oregano
2    cawan           Air
1    tsp                Garam
2    tsb                Minyak Zaitun(Saya guna extra virgin. Prego guna canola oil).
200g                   Spagetti              

Cara2:

1. Campurkan semua bahan diatas kedalam periuk Noxxa.
 2. Turupkan periuk Noxxa dan pastikan tombol ke Pressure
 3. Tekan "High Pressure" sebanyak 9 kali macam gambar dibawah.
 4. Selepas 9 minit Noxxa akan berbunyi dan pusingkan tombol ke Steam untuk mengeluarkan tekanan didalam periuk. Selepas tekanan semua keluar dan periuk pun dan "unlock" , then buka penutup. Jadilah macam gambar dibawah.
 5. Cedok untuk dihidangkan.



Diatas adalah resipi asas memasak spaghetti dengan periuk Noxxa. Boleh tambah sosej, daging kisar dan sayur2 yang sesuai untuk spaghetti untuk tambah lagi kesedapannya..

Biasanya kalau seawal subuh saya akan prepare semua bahan ni tak sampai 5 minit. Lepas tekan, terus mandi. Lepas mandi sure spaghetti dah siap untuk dimakan. Mudahkan?

Go Bang Maju Patin Temerloh

Nak cari patin tempoyak yang sedap di Temerloh? Ni tempat yang saya syorkan. Basically tempat ni masih lagi baru kalau nak dibandingkan dengan restoran patin tempoyak yang lain. Tapi kuahnya yang pekat dan rasanya yang ada sedikit unik membuatkan ramai yang singgah di restoran ini untuk menikmati ikan patin masak tempoyak. tambahan pula lokasinya yang dekat dengan jalan utama membuatkan pengunjung lebih senang untuk kesini.


Rata2 lauk disini sudahpun diletakkan didalam mangkuk dan tanda harga ada dipamerkan. Mungkin ada diantara kita yang pernah dengar cerita ada pelanggan yang terkena beribu ringgit bila makan di Temerloh. So disini harga sudah diberitahu awal2 walaupun harga agak tinggi berbanding dengan kedai2 lain.









selain Patin tempoyak, ikan bakar juga ada dihidangkan.









Kami sampai disini lebih kurang 3pm tapi masih ramai yang datang untuk makan tengah hari disini.

Location: Di bawah jambatan utama Temerloh
Speciality: Patin Tempoyak 
budget: around MYR75 for 4 adult, 3 kids
Operation time: 9am~10pm
capacity:150 person(estimate)
childseat: provided
toilet:provided
parking:provided
Entertainment: tv

My good comment: Mmg antara gulai Patin Tempoyak Temerloh yang tersedap. Tak rugi mencuba.