Penang-Hatyai-Krabi 2014

Ini adalah kali kedua trip kami ke Krabi dengan kereta. Tapi kali ni special sikit sebab anak bongsu dan adik ipar kami pun ikut sekali. Perjalanan yang akan kami lalui adalah seperti dibawah. Masuk melalui Danok, bermalam di Hatyai, 2 malam di Krabi dan pulang melalui Wang Kelian. Jarak perjalanan adalah 980km. Kami pergi dengan kereta Honda Civic dan Honda City. Kereta yang agak jimat minyak dan kalau ada masalah, spare part boleh dicari di Thailand.

   Barang2 yang perlu ada untuk masuk ke Thailand ialah passport dan geran kereta. Di Changlun nanti anda perlu beli insurans kereta dari kedai2 ditepi jalan utama dan dapatkan departure form. Jumlah kos kami untuk insurans dan departure form adalah sebanyak MYR20. Mungkin insurance beharga MYR16 dan MYR1 utk departure form.Kemudian di kaunter Kastam Thailand anda perlu dapatkan permit masuk kenderaan.
   Kami bangun seawal pukul 5am untuk bersiap, solat subuh dan bertolak pada pukul 6:30am. Kami tiba di Changloon lebih kurang pukul 8am untuk urusan pembelian insurans kereta, mengisi borang departure dan isi minyak. Kami isi minyak di Caltex sebab dikatakan lebih power dan jimat minyak. Trip dahulu kami isi Petronas dan bila tiba di Trang, status minyak kami adalah bawah 50%.
Parking kereta di Imegresen Thai

Tak banyak kereta di parking

Tak ramai orang beratur sebab bukan weekend

custom declaration form yang telah diisi dan disahkan oleh kastam thai

Kami tukar THB di kedai emas ni.

   Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan kami tak perlu beratur lama untuk urusan passport masuk ke Thailand. Jangan terkejut kalau staff imegresen disini minta rasuah wajib MYR2/seorang. Kalau tak nak bayar, masuk ikut Bangkok sebab staff Bangkok airport tak minta duit.Sedikit lama masa diperlukan untuk urusan permit masuk kenderaan atau lebih tepatnya Custom declaration form di kaunter kastam. Tukaran wang THB dibuat disebuah kedai emas di pekan danok.Rate disini adalah MYR100=THB970. Tukaran boleh juga dibuat dikedai2 lain.
   GPS yang digunakan hanyalah GPS standard yang terdapat di handphone iaitu HERE Maps. Hpone saya murah dan berharga  Kelebihan Here Maps ialah tak perlu internet connection. Namun Maps haruslah di download dahulu dan saya download dikedai mamak yang ada free wifi kerana data maps Thailand yg diperlukan adalah sebanyak 300MB. 
   Jika anda pakai jam hpone, jam anda akan automatik di set mengikut waktu Thailand iaitu lambat 1 jam. Bagi saya senang lagi berkomunikasi dalam waktu Malaysia sebab badan kita, lapar kita, mengantuk kita mengikut waktu Malaysia.
   GPS di ON dan kami meneruskan perjalan ke Hatyai yang mengambil masa 1jam. Kami jumpa 2 roadblock dalam perjalanan. Yg pertama adalah 20km dari border dan satu lagi 10km dari Hatyai ke Patthalung. 1st agenda ialah terus check-in Asian Hotel. Booking hotel dibuat melalui Agoda dengan harga MYR110/night sahaja.Parking kereta disediakan siap dengan security yang akan membantu ada semasa proses parking kereta.

lobby asian hotel



 Selepas berehat dan bersiap kami pun memulakan pencarian untuk makan tengah hari. Kali ini kami mahu mencari restoran yang lain dari trip kami yang terdahulu.(Klik sini jika mahu melihat restoran terdahulu)Kami disapa agent tuk tuk yang agaknya tahu kami nak pergi makan. Dia rekomenkan kami ke Kelantan Restaurant dengan harga THB20/adult. Kanak2 free. So kami pun naik tuktuk untuk ke restoran tersebut.

didalam tuktuk

 Malangnya restoran Kelantan tidak menghidangkan makanan ala carte pada waktu tengah hari. Lauk tengah hari yang ada pun macam tak menarik dan macam lauk balance walaupun baru pukul 11am waktu Thai. Kami berjalan kaki dan berjaya jumpa restoran Ar-Rahman. Jarak perjalanan adalah 1.3km dengan menaiki tuktuk untuk sampai ke sini.


dihadapan restoran Ar-Rahman

 Tanpa melengahkan masa, kami pun terus mengorder makanan. Nasib baik kerana tak ada pelanggan lain masa kami sampai sebab tukang masak dikedai ini cuma 1 orang sahaja.

menu

suasana dalam Ar-rahman

tomyam seafood

telur dadar

Daging masak merah

sotong goreng tepung

siakap 3 rasa

kerabu mangga


 Selepas 30min makanan pun sampai dan kami respect kat kakak yang ambil order memerangkap tukang masak sebab berjaya menyediakan pelbagai makanan yang sedap dalam masa 30min sahaja.Kami spent THB1060 disini dan cashiernya juga adalah kakak tukang masak+waitress. Multi tasking betul kakak ni. Selepas makan, kami pun pulang ke hotel untuk mengambil kereta. Pengangkutan awam adalah efisien di Thailand dan kami tak perlu menunggu lama untuk tuktuk. Setelah mengambil kereta, kami ke tempat tarikan baru di Hatyai iaitu Magic Eye 3D museum.


Kami menaiki 1 kereta sahaja.Jarak adalah 3.6km dari hotel kami dan kami park kereta disebelah bangunan museum. Proper parking tak ada disini.Harga tiket untuk masuk ke museum ini adalah THB400 untuk dewasa dan THB300 untuk kanak2. Credit card diterima disini.Disamping 3D mural yang memang menarik, pertunjukan magic juga disediakan selama 30min.

Sebelum masuk, anda akan terpukau dengan karya ini...seriously. Tengok depan mata baru tahu.

Tangan dicop sebelum masuk.




Selepas magic show...photo dilarang semasa magic show berlansung






















Memang menarik hasil lukisan 3D kat sini.Sebenarnya banyak lagi lukisan 3D kat sini tapi kami dah tak larat. Rasanya kami perlukan 1 jam lagi untuk habiskan semuanya. Kami give up.Setelah hampir 3 jam disini, kami ke tarikan seterusnya iaitu Klong Hae Floating Market, Hatyai. Jarak perjalanan adalah 8km dari 3D mural.
Kami parking dihadapan sekolah.Disini kita boleh jumpa makanan yang unik dari masyarakat Hatyai. Kebanyakan peniaga disini adalah muslim.




 Setelah sampai kami mencari tempat duduk dan kami pun terus mencari makanan. Agak sukar untuk mencari tempat duduk dan ia bergantung pada nasib. Kebanyakan yang datang kesini adalah rakyat Malaysia. Jika ada tempat kosong, selalunya tempat tu kotor dengan plastic dan sebagainya. So tolonglah bersihkan tempat anda selepas anda gunakan untuk kegunaan orang berikutnya. Tempat public maaaa...


Kena bersihkan tempat duduk sendiri ye



masukkan duit dalam bakul tu dan ambil makanan




hand made potato chip


Jual laksa thai


potato chip = THB20

mcm sharkfin soup = THB35

mcm otak2= THB20

udang goreng= thb20


Laksa Thai=THB35



Sebelum pulang ke hotel, kami singgah ke Big C iaitu supermarket besar yang terdapat ditepi jalan. Tujuan utama adalah untuk pecahkan duit THB1000 sambil membeli sedikit bekalan untuk perjalanan ke Krabi esok. Kami pulang ke hotel untuk bersiap ke Night Market Hatyai. Selepas bersiap kami berjalan kaki kesini. Pusing punya pusing kami cuma membeli seafood goreng.


Lobster=THB200
Esoknya kami plan untuk ke Kelantan Restoran. Sampai saja disana kami dapati makanan yang ada tak jauh beza dengan Malaysia. Kami spent THB470 disini namun dari segi rasa, makan kat Kelantan lagi lengkap dan sedap.




sambal nasi lemak ni unik dan sedap

tomyam ayam

nasi kerabu


Kami pulang ke hotel untuk urusan checkout hotel. Bagi kami hotel ni kire berbaloi kalau tak ada masalah air bertakung dalam bilik mandi. Seterika juga tidak disediakan. Yang lain OK.


 Kami bertolak ke Krabi lebih kurang pukul 9am dan perjalanan akan mengambil masa selama 4 jam lebih. Satu kelebihan di Thailand adalah mereka tak perlu highway bertol sebab kerajaan Thai sudah menyediakan jalan yang selesa dengan 2 lane setiap arah di kebanyakan jalan.Dalam perjalanan kami ditahan polis Thai. Kami dilepaskan selepas mereka minta passport. Cakap macam ayam dengan itik.Tak tahu la apa nasib kalau betul2 kami ditahan.


Dalam perjalanan ada banyak gerai ditepi jalan on the way ke Patthalung. Kami singgah untuk beli sebiji nenas. Harga nenas disini adalah THB80.Mahal tapi kami beli juga sebab dah alang2 berhenti dan kami tak makan buah lagi hari ni.


 Setelah 2 jam lebih perjalanan dari Hatyai, kami tiba di Trang. Kali ni kami memasuki pusat bandar Trang. Trip yang lalu kami mengikut bypass Trang city road. Bosan juga kalau tengok pokok sahaja sepanjang jalan. Nak juga tengok aktiviti masyarakat setempat dan apa yang ada disana.


Monumen di tengah bandar Trang

Di Tengah bandar Trang
  Setelah sejam lebih, kami pun tiba di bandar Krabi. Namun masih terlalu awal untuk bergembira kerana perjalanan ke Ao Nang berbaki 15km.


 Suasana disini indah dengan bukit2 batu kapur yang berbalam balam. Teringat lak kat Ipoh.


 Bagusnya kat Thailand ni ada banyak signboard tempat2 menarik siap dengan gambar sekali. Harap kementerian Pelancongan Malaysia boleh tiru cara yang bagus ni.Kat Malaysia cuma ada signboard yang cuma mention nama tempat dan simbol sahaja.
signboard tempat pelancongan
 Kami tak terus check in hotel sebab kami dah betul2 lapar. Kami terus ke restoran yang kami pernah menjamu selera iaitu Bamboo Restaurant.







Ayam masak lemak...santannya pekat dan rasanya unik


Staff ni memang ramah, boleh berbahsa melayu dan highly skilled

Nasi bentuk bintang



 Kami spent lebih kurang THB1150 disini. Standard harga di Ao Nang. Namun yang berbeza kali ini ialah staff yang boleh berbahasa melayu.Lepas makan kami check in hotel Ascot Krabi yang terletak tak jauh dari Bamboo restaurant. Tempahan dibuat melalui agoda dengan harga MYR133/night. Lokasinya lebih kurang 300m sahaja dari Bamboo restaurant dan berdekatan dengan masjid.Pada ketika ini minyak ada lagi 50%.





 Selepas berehat kami ke Nopparat Thara beach untuk menikmati pemandangan senja disini.








 Memang berbaloi menghabiskan senja disini.Kemudian kami direct ke Krabi Night Market yang terletak lebih kurang 20km dari sini. Agak jauh dan perlukan 40km untuk pergi dan balik.


Nasib baik kami tak hadapi banyak masalah untuk mencari parking. Orang sudah ramai disini. Gerai muslim adalah limited tak seperti di Ao Nang yang lebih 50% adalah peniaga muslim. Tak sah rasanya kalau ke Krabi tanpa datang kesini.






 Selepas membeli makanan , kami cuba untuk mencari tempat duduk tapi tak berjaya. Saya terperasan satu gerai muslim dihadapan parking kereta saya dan kami pun ke sana.


 Kami tengok2 juga apa yang mereka jual. Basically makan malam nasi berlauk. Agak sedap kalau perut lapar dan kami hanya mampu order bihun sup.



pancake dari pasar malam=THB50


 Kami spent THB150 digerai adik ni. layanan yang kami terima adalah baik walaupun kebanyakan makanan adalah dibeli di pasar malam. Tambahan pula banyak makanan bersepah sebab budak2 makan.

Selepas makan , kami shopping cenderahati dan sempat juga beli pulut mangga seperti gambar dibawah.
Pulut mangga ni memang best! Rasa mcm nak berenti kerja dan meniaga ni pulak.



Harga barangan untuk cenderahati adalah murah disini berbanding Ao Nang. Kalau baju tu dapat la murah THB10~20. Kalau magnet tu dapat la lebih sebiji. Tengah dok bershopping baru teringat yang kami tertinggal satu beg yang dalamnya ada passport. Last sekali kami perasan beg tu di gerai yang kami makan tadi. Lucky sebab adik gerai tu tolong simpankan.Terima kasih banyak2.Selepas berhabis duit disini, kami pun pulang untuk tidur.
Esoknya kami bersarapan di Salameeyah restoran yang terletak lebih kurang 200m dari hotel kami. Sebenarnya ada banyak restoran dan gerai lain tapi kami pilih sini sebab ramai orang.


kuih muih dihadapan restoran



koey teow goreng

Laksa Thai

Bihun sup


Kami spent kat THB400 juga disini. Agak mahal dan rasanya pun biasa biasa saja.Kami pulang ke hotel untuk menunggu pickup travel agent kami untuk 4 island tour. Tempahan dibuat melalui website tapi saya nasihatkan jangan tempah melalui website ni melainkan anda travel waktu dekat dengan X'mas~New Year holiday. Harga dalam website ni adalah THB400 mahal dari pakej yang ditawarkan oleh travel agent sekitar Ao Nang. Selalunya ikut website lagi murah dan rasa terkena pun ada juga. Pickup kami tiba pada 8:30am tepat seperti yang dijanjikan.



Anak2 saya memang seronok sebab kalau datang Thailand, mereka akan selalu naik public transport yang koboi macam ni. Kami dikumpulkan di Pier dan menunggu giliran untuk dipanggil menaiki speedboat.


Setelah dipanggil kami pun menaiki speedboat. Kebetulan ada satu family dari Bayan Lepas juga join boat kami. Abang ni bayar THB800/ adult untuk trip ni.






1st stop kami ialah Phranang beach & cave. Kami diberi masa 40min disini.Walaupun nampak macam lama, tapi lepas bergambar dan sebagainya, 40min rasa tak cukup.



Kemudian kami ke Tup Island. Speciality disini adalah kita boleh berjalan kaki ke pulau lain waktu air surut. Berjalan kaki adalah dilarang semasa air pasang.



kelihatan orang berjalan kaki meredah laut dibelakang

berjalan ke pulau lain




bermain air sambil berjalan
 Kemudian kami dibawa mengelilingi Chicken Island untuk snorkeling. Nama diberi berdasarkan bentuk mcm gambar dibawah. Bagi saya bentuknya lebih kepada Turkey berbanding Chicken.





30min diberi untuk snorkeling dan peralatan disediakan oleh host. Rosak tak apa janji pulangkan balik. Kalau hilang THB1500 akan dikenakan. Saya tak snorkeling sebab rabun dan coral kat Thailand ni tak menarik berbanding Tioman dan pulau2 famous yang lain di Malaysia.Kemudian kami ke Poda Island untuk lunch. Lunch yang amat mengecewakan sebab cuma picnic lunch dan cuma ada sayur saja. Bab ni memang kami hangin. Tikar plastic pun tak bagi.



Untuk melupakan makanan yang tak berbaloi tu, kami sibukkan diri dengan keindahan pulau ini.

 Ikan2 disini amat jinak sampai boleh baring atas tangan. Anak2 memang seronok berenang sambil dikelilingi ikan adalah pengalaman yang menyeronokkan mereka.



Kami pulang ke Krabi lebih kurang jam 2pm. Kelebihan pakej 4 island ni berbanding PhiPhi island ialah dapat berjalan kaki ke pulau lain, memasuki gua dan berenang sambil dikerumuni ikan.
   Plan asal kami ialah makan tengah hari sejurus habis island tour tapi letih punya pasal, kami pun tidur dulu di hotel. Jam 5pm, kami pun bergerak dari hotel untuk mencari street food. Kami terjumpa deretan gerai muslim di Nopparat Thara beach semasa pulang dari Island hoping dan kebetulan kami ternampak beberapa orang macam adik kat bawah ni berjalan sambil pegang dulang.


melintas jalan sambil bawa dulang

Pelik dan untuk mengetahui apa yang berlaku kami pun memberhentikan kenderaan dan tengok apa yang ada. Rupanya mereka sediakan makanan style berkelah. Order mcm2 dan kemudian mereka akan hantarkan di tempat kita berkelah. Tikar plastik juga dipimjamkan kepada kita.




Kami cari spot yang terbaik untuk menikmati pemandangan walaupun agak berbatu. Setelah 15min, makanan pun tiba.

kerabu mangga ketam

tomyam seafood

ikan pari celup tepung

sotong dan ikan goreng tepung



Memang sedap makanan disini dan kami spent THB590. Murah berbanding dengan rasa dan apa yang kami makan.Agak gelap kalau malam. Selepas makan kami cari lagi street food dan menjumpai spot ni dihujung Ao Nang beach.




Oleh kerana terlalu kenyang, kami beli lebih kurang saja.Ingat nak duduk makan disini tapi peniaga2 kat sini agak kurang senang dengan kami yang ramai tapi cuma order 1 barang. Siap sound lagi. So kami pun belah tanpa cancel order. Fair treat; sendiri paham.Tak guna spent duit tapi hati tak senang.

Kami habiskan malam terakhir kami di Ao Nang dengan berjalan2 di tepi pantai sambil shopping.


Kami check out hotel jam 8am dan kemudian mencari sarapan di tempat yang kami pernah makan dulu. Teringat kesedapan makanan tempatan yang ada disana.
Restoran ni terletak disebelah 7 Eleven dan mudah untuk dicari sebab ianya betul2 di simpang tiga. Namun perbezaannya kali ini ialah restoran ini telah diambil alih oleh orang Pattani. Makanannya tak banyak beza dengan makanan yang biasanya dijual orang Pattani di Malaysia cuma ada beberapa kuih yang unik mungkin diletakkan oleh orang melayu Krabi.






Pulut Ayam

nasi kerabu


Nasi ayam

cakoi

yang ni unik dan sedap


Kami spent THB470 disini.Boleh la mengalas perut dan masih teringat lagi kesedapan dan keunikan dengan owner restoran ni dahulu. Satu kegemaran terbaru kami ialah air teh dan kopi yang dijual di 7 Eleven Thailand. Kami mula try di Hatyai dan bila sekali hirup memang terasa nak lagi. Harga mengikut cup dan cup yang paling besar beharga THB24. Mmg amat berbaloi dan murah dengan minuman sesedap itu.Susu yang digunakan sure dari dairy milk dan pekat.


Kemudian kami meneruskan perjalanan dan berhenti bergambar di spot yang cantik ni. Dulu hutan tapi kini dah jadi padang golf 5 lubang. Ownernya ialah muslim dan baik hati. Minta kami masuk dan ambil gambar sebanyak boleh tanpa ada charge. Namun kami terpaksa tolak pelawaan sebab kesuntukan masa dan ada banyak destinasi lagi yang nak dituju.

Tak sah rasanya kalau tak ke Bandar Krabi dan bergambar dengan mercu tanda ni. Mercu tanda ni terletak di tepi sungai.



Setelah bergambar kami pun meneruskan perjalanan untuk ke Trang dan mengisi minyak RON95 dengan harga THB35 seliter di Esso Krabi. Pada ketika ini status minyak yang diisi di Malaysia berbaki 15%.Saya mengisi THB800 dan ianya cukup untuk sampai ke Padang Besar. Di Trang ada terdapat banyak gerai buah buahan dan kebanyakannya adalah nenas. Kami singgah disini dan nenas disini adalah jauh lebih murah dari Patthalung. Kami beli sebiji dengan harga THB20. Kalah harga nenas di Hatyai, Patthalung dan juga Malaysia.




Krabi-Angthong waterfall
ON the way ke Trang, kami singgah sebentar di Angthong waterfall yang terletak betul2 ditepi jalan utama. Waktu ni cuma kami je yang berada disini.


Perjalanan diteruskan dan kami mengarah ke Satun iaitu negeri yang tak pernah kami lawati lagi.Plan kami ialah makan tengah hari di Pak Bara sambil menikmati pemandangan yang cantik. Perjalanan akan menempuhi Bandar Trang. Terdapat banyak stesen minyak di bandar Trang dan harga petrolnya sedikit murah dari Krabi.
Angtong-Trang-PakBara


Selepas bandar Trang, kami melalui jalan yang amat membosankan sepanjang beratus km. Mostly pemandangan adalah hijau semata2. Setelah 2 jam lebih berjalan akhirnya kami jumpa satu bandar yang berdekatan dengan Pak Bara. Rasa lega sikit.


Kami teruskan lagi perjalanan sejauh 5km untuk sampai ke tepi pantai. Waktu sudah menunjukkan 2pm bersamaan 3pm waktu Malaysia agak lewat untuk makan tengah hari. Terdapat banyak gerai dan restoran disini dan kami memilih restoran Kuala Bara.
Restoran Kuala Bara
Kami pilih sini sebab viewnya memang cantik dan nampak proper sikit.



View restoran dari pantai


kerabu udang

tomyam seafood


tomyam seafood tapi dalam ni ada ikan...sedap

sotong goreng tepung

Siakap 3 rasa


beraneka lauk dalam pinggan saya

family pic


Makanan sini memang sedap dan kami spent THB1150. Harga yang berbaloi kami bayar.Setelah sejam disini, kami pun bertolak ke Wang Klian. Perkara yang paling kami risaukan ialah kaunter imegresen ditutup waktu kami sampai. Jarak ke Wang Klian masih lagi berbaki 80km. Seingat saya kaunter ditutup jam 5pm. So kami pun bergegas cepat kesana.


Bandar terakhir sebelum Wang Klian ialah Pekan Chalung. Tak banyak yang diceritakan atau gambar mengenai Pekan Chalung ni. Ada yang mengatakan disini ada restoran sedap dsb tapi tak disediakan butiran lengkap dan gambar. Tapi makan di Pakbara lebih berbaloi dari Pekang Chalung disebabkan view ditepi pantai.


Basically Pekan Chalung adalah pekan kecil yang majoritinya adalah muslim. Makanan memang tak ada masalah.


Dari Pekan Chalung kami perlu meneruskan perjalanan sejauh 20km lagi untuk sampai ke sempadan. Basically tempat ni memang hulu dan dalam lingkungan Taman Negara. Akhirnya kami tiba di Wang Prachan iaitu border Thailand dan kami berasa amat lega sebab pintu sempadan masih dibuka. Ketika ini petrol ada lagi 15% atau boleh pergi lebih 100km lagi.


Kami parking kereta dipintu sempadan dan berjalan kaki ke imegresen Thai.Pegawai imegresen sini boleh berbahasa melayu. Disini kami bayar MYR8 untuk satu family.


Kaunter imegresen rupanya ditutup jam 6pm waktu Thai atau 7pm waktu Malaysia.

Jangan lupa untuk pulangkan borang import kereta ke Kastam Thailand. Kalau tak anda akan kena denda MYR100/sehari atau maksimum MYR1000. Moga trip dan gambar kami membantu anda merancang perjalanan anda ke Thailand.Sekian assalamualaikum...